Tuesday 12 April 2011

makhluk berkaki empat bulat mengganas

(keratan berita diambil dari BERNAMA APA)

yo people.

*dibawah ini merupakan kisah tragis sila baca dan hayati.*

12 april- kereta (bukan nama sebenar) mempunyai nasib yang sangat menyedihkan. kru tv3 bersamamu cuba untuk menjejaki kereta untuk diberi bantuan. lokasi terakhir beliau adalah di sekitar bandaraya kota bharu. nasib kereta mendapat perhatian ramai apabila beliau mula membuat kemunculan di kawasan pengkalan chepa kelantan lewat 2 minggu yang lalu. selepas itu beliau didapati sentiasa berlegar-legar di sekitar kawasan kota bharu. perkara malang selalu menimpa beliau sejak beliau terpaksa menghadapi krisis pertengahan usia atau erti kata lain x dapat merima usia sudah tua apabila tingkapnya mula susah untuk naik semula apabila diturunkan. keadaan beliau pula bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila kejadian tingkap itu berlaku hari hujan lebat. kemudian beliau mendapat ehsan dengan dihadiahkan mp3 kereta yang hanya berfungsi untuk satu hari. setitis lirik lagu pon tidak sempat didengar olehnya apabila mp3 itu rosak selepas hari kedua hadiah itu diterima. disamping itu, beliau beberapa kali hampir berhadapan dengan kecelakaan akibat kecuaian pihak kereta-kereta lain. namun beliau tetap mengagahkan diri menghadapi kehidupan serba kekurangan itu. bertambah sedih lagi apabila terkurung selama semalam di satu tempat asing dan tiada kereta mampu menyelamatkan beliau. namun kehidupan harus digagahi. selepas insiden itu beliau akhirnya dapat hidup dengan aman walaupun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. namun disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. pada 12 april 2011 jam 10.30 pagi beliau sekali lagi ditimpa musibah dimana jantungya berhenti tibatiba. namun tuhan masih belum mahu menarik nyawanya beliau mampu dipulihkan. akan tetapi tingkapnya yang dulu tidak boleh dinaikkan selepas diturunkan sekarang tidak boleh diturukan lansung pula. mungkin itu menjadi kecacatan kekal beliau. tuhan mahu menguji beliau dengan menjadi physically challenged car. kru-kru tv3 bersamamu masih lagi ingin menjejaki beliau. jika anda merasakan perut beliau perlu diisi dan bantuan ikhlas amat dialu-alukan. sila dail no yang tertera di bilik yang indah lagi permai, bc 4 untuk keterangan lebih lanjut. sekian



(gambar hiasan)



footnote: i love my baby no matter what though most of my problems are coming form her. hadoii